Thursday, August 13, 2009

Peringatan di akhir syaaban

Tanpa disedari, ramadhan semakin menghampiri..bulan yg ditunggu2 sepanjang tahun..Tetibe cam cuak pun ade..err dah prepare ke aku untuk ramadhan??perangai cam hampeh je.huhu mudah2an ramadhan kita semua kali ni, lebih baik dari dulu2..amin..bak lagu raihan dan mambai..(ehem sambil membetulkan tone suara) ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dgn sempurna...

Tadi mcm terbaca 1 hadith nabi yg seswai dijadikan renungan dan peringatan utk kita semua. mcm agak pjg la gak hadith tu..Tapi bagusla..tak ternilai peringatan di dlmnya..

Hazrat Salman r.a berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda kpd kami pada hari terakhir bulan Sya'aban:
"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yg agung lagi diberkati. Satu bulan yg dlm bulan itu terdapat satu mlm yg lebih baik drpd seribu bulan. Satu bulan yg Allah telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalam fardhu dan berdiri pada mlm hari pula (bertarawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yg cuba menghampiri Alllah pada bulan itu dgn mana2 amalan sunat maka seumpama seorang yg telah menunaikan satu fardhu pada bulan2 lain dan sesiapa yg yg menunaikan solat fardhu pada bulan itu adalah seumpama seseorg yg menunaikan 70 fardhu pada bulan2 lain.
Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yg ditambahkan rezeki kpd org2 beriman. Sesiapa memberi seseorang yg berpuasa utk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan utk dosa2nya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa org tersebut tanpa mengurangi sedikit pun drpd ganjarannya. Para sahabat R.A lalu berkata, "Bukanlah setiap drpd kami mempunyai sesuatu utk diberi kpd org berpuasa utk berbuka puasa." Maka Rasullah S.A.W bersabda" Allah memberikan pahala itu kpd sesiapa sahaja walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kpd org berpuasa utk berbuka"

Bulan itu adalah satu bulan yg pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan drpd neraka. Sesiapa yg meringankan bebanan hamba2nya (pekerja2nya) pada bulan itu maka diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkan pada bulan ini 4 perkara. Dua perkara yg kamu dpt meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yg tidak boleh tidak kamu perlukan. Adapun 2 perkara yg kamu dpt meredakan Tuhan kamu itu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain drpd Allah (Memperbanyakkan zikir Lailahaillallah) dan kamu memohon istighfar daripadaNYA. Manakala 2 perkara yg tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga drpd Allah dan meminta perlindungan drpd api neraka.

Sesiapa yg memberi minum kpd mana2 org berpuasa maka Allah akan memberinya minum dr telagaku (pada hari kiamat), dgn sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dlm syurga"

Haa..tu je hadithnye..semoga kite semua dpt berusaha menjadikan ramadhan kali ni lebih baik dr dulu2..InshaAllah

1 comments:

Anonymous said...

waah~! rindu ramadhan.. ak xwat pon lagikz post psl ramadhan.. umm nnt la.. coming soon~ insyaAllah