baru balik dari hospital selayang ni..dah 4hari teman suami tersayangg, tercinta dan sewaktu dengannya..suamiku dah demam dari isnin lepas..dah 3hari demam xbaik2 juge, doktor sruh amik darah..bacaan platlet yg pertama 142..normal=150..menurut kata Dr.Maziah yakni doktor kat klinik sakinah di taman grenwud indah (cewahh..iklan ni doktor..bayar upah saya!huwaaa menganggur lagi..haha) kalo bacaan platlet bawah 100 baru leh refer ke hospital..
the next day, jumaat (23/10/09) kene amik darah lagi..so, doktor maziah telah pun merefer kes suami ku ke hospital selayang..kami terus ke jabatan kecemasan..di pendekkan cite, doktor pun amik darah suami ku lagi..ehh, bukan doktor..medical assistance..sian gile weh..5kali gakla dorang buat..sampai bengkak2 tgn suami aku..tgk muke die yg tgh tahan sakit, rasa nak mleleh dah air mata aku ni..tapi tahan je lagi..huuuu
pendekkan lagi cite, bacaan platlet die decreasing..so, mereka terpaksa tahan suamiku di wad..huhu...kene masukkan air,hari2 3kali amik darah..ni dah hari ke4...tetibe tadi, tangan suami aku(tempat dorang cucuk untuk masukkan air tu) bengkak..ermm, dari smalam sebenarnye..blood clog la etc..die kata sangat sangat sangat sakit...nak pegang pun sakit..so nurse tu pun cabot la benda alah (jarum yg dorang cucuk untuk masukkan air tu)...
huwaaaaaaaaaaa~~~~~~ tak tahan gile aku tgk suami aku yg tgh sakit tu...huwaaaaaa sedihhhhh gile rase...xle nak buat ape untuk kurangkan rasa sakit die tu..huuu sedihnye~~
flow rate air mata aku mcm tetibe dah meningkat dgn ganaz..dgn gaya pantas ala2 nobita lari di kejar giant, aku terus masuk toilet..nangeh sepuas hati..dah lame pendam..tak tahan la bile tgk org sakit ni..lebih2 lagi kalo org tersayang...huu
so, marilah kite sama2 hargai nikmat kesihatan yg Allah bagi..cam nabi bersabda, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..salah satunye, sihat sebelum sakit..time sihat ni la, mcm2 amalan kite leh buat..huhu
akhir skali, doakan kesihatan suamiku tersayang, usamah mujahid..semoga abang cepat sembuh..semoga sentiasa dalam lindungan Allah...ameen~ sampai sini saje dulu..nak tido dah la..esok pagi inshaAllah nak ke hospital lagi..selamat malam..assalamualaikum
Monday, October 26, 2009
air mata mleleh juge akhirnya~
Posted by Salihah at 11:23 PM 2 comments
Tuesday, October 20, 2009
tungggggguuuuu......
ALHAMDULILLAH..tu je perkataan yg bole nak didiskripsikan skarang ni..
arghhh banyaknye cerita, mcm2...nak di update di blog..tp xde mase la..tgh cari masa yg seswai nak update blog yg xseberapa ni..kwn2 sekalian..tungguuuu tau..
doakan daku..hamba Allah yg serba kekurangan ni..semuga Allah permudahkan urusan kite semua kat dunia ni, xkira la kalo ko PM ke, ajk biro dakwah kat surau ke, ahli muzik ke, peminat senyap2 syura ke pengganggur ke (pedih!) semuga segala urusan di dunia ini dipermudahkan untuk mendapat kejayaan yg tak terkira di akhirat inshaAllah..
Posted by Salihah at 12:48 PM 1 comments
Friday, August 14, 2009
chef salihah menjelma??
Posted by Salihah at 8:51 PM 9 comments
Labels: chef salihah
Thursday, August 13, 2009
Peringatan di akhir syaaban
Tanpa disedari, ramadhan semakin menghampiri..bulan yg ditunggu2 sepanjang tahun..Tetibe cam cuak pun ade..err dah prepare ke aku untuk ramadhan??perangai cam hampeh je.huhu mudah2an ramadhan kita semua kali ni, lebih baik dari dulu2..amin..bak lagu raihan dan mambai..(ehem sambil membetulkan tone suara) ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dgn sempurna...
Tadi mcm terbaca 1 hadith nabi yg seswai dijadikan renungan dan peringatan utk kita semua. mcm agak pjg la gak hadith tu..Tapi bagusla..tak ternilai peringatan di dlmnya..
Hazrat Salman r.a berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda kpd kami pada hari terakhir bulan Sya'aban:
"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yg agung lagi diberkati. Satu bulan yg dlm bulan itu terdapat satu mlm yg lebih baik drpd seribu bulan. Satu bulan yg Allah telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalam fardhu dan berdiri pada mlm hari pula (bertarawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yg cuba menghampiri Alllah pada bulan itu dgn mana2 amalan sunat maka seumpama seorang yg telah menunaikan satu fardhu pada bulan2 lain dan sesiapa yg yg menunaikan solat fardhu pada bulan itu adalah seumpama seseorg yg menunaikan 70 fardhu pada bulan2 lain.
Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yg ditambahkan rezeki kpd org2 beriman. Sesiapa memberi seseorang yg berpuasa utk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan utk dosa2nya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa org tersebut tanpa mengurangi sedikit pun drpd ganjarannya. Para sahabat R.A lalu berkata, "Bukanlah setiap drpd kami mempunyai sesuatu utk diberi kpd org berpuasa utk berbuka puasa." Maka Rasullah S.A.W bersabda" Allah memberikan pahala itu kpd sesiapa sahaja walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kpd org berpuasa utk berbuka"
Bulan itu adalah satu bulan yg pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan drpd neraka. Sesiapa yg meringankan bebanan hamba2nya (pekerja2nya) pada bulan itu maka diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.
Perbanyakkan pada bulan ini 4 perkara. Dua perkara yg kamu dpt meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yg tidak boleh tidak kamu perlukan. Adapun 2 perkara yg kamu dpt meredakan Tuhan kamu itu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain drpd Allah (Memperbanyakkan zikir Lailahaillallah) dan kamu memohon istighfar daripadaNYA. Manakala 2 perkara yg tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga drpd Allah dan meminta perlindungan drpd api neraka.
Sesiapa yg memberi minum kpd mana2 org berpuasa maka Allah akan memberinya minum dr telagaku (pada hari kiamat), dgn sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dlm syurga"
Haa..tu je hadithnye..semoga kite semua dpt berusaha menjadikan ramadhan kali ni lebih baik dr dulu2..InshaAllah
Posted by Salihah at 8:45 AM 1 comments
Labels: Ramadhan kareem
Wednesday, August 12, 2009
beli enset baru??keperluan atau kehendak??


Posted by Salihah at 12:25 PM 8 comments
Friday, August 7, 2009
dah nak kawen???
kad kawen baru siap..memule cam xde prasaan sgt..tp tgk nama aku ade kad kad tu, mcm xpercaya la plak..seryes! skarang br nak berdebar! berdebarnye!!!!! sejuk2 tgn aku ni..seryes ek?? er..jap2..xle pk la plak..bek aku gi tenangkan hati jap...nnti smbung balik la..kwn2 sekalian, sila doakan k..doa kalian yg ku harapkan..tq..salam
Posted by Salihah at 4:22 PM 6 comments
Thursday, June 18, 2009
derma kilat--->LIPOSUCTION
di sini...ingin saya meminta sumbangan ikhlas dari sape2 yg prihatin..sila dermakan wang anda (ala2 cam bersamamu la ni)...gile! lemak2 mleleh perlu di hapuskan! slim world? mary france bodyline? wahh..apekah?!
lalala..hahahaha..tetibe terstress skarang ni..lalala..
Posted by Salihah at 7:03 PM 3 comments


